Zulkifli Bin Hj. Salleh & Noor Suhaila Binti Hj. Marsidi
Platinum Direct Distributor (PDD)
 
 
 
 
Zulkifli Bin Hj. Salleh
 

Berkelulusan dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pernah berkhidmat selama 2 tahun di Nicom Steel Malaysia, sebuah Syarikat Jepun dalam industri besi dan keluli di Bangi Selangor sebagai Sales Executive.

Dilantik sebagai pengarah syarikat  ISBA Bersih Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik keluarga pada tahun 1998. ISBA Bersih Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti pembersihan dan penyelenggaraan bangunan dan ianya adalah yang terbesar di Ipoh.

Dalam masa yang sama, bertugas sebagai Pengurus di syarikat Beautrend Development Sdn. Bhd. Syarikat ini terlibat di dalam aktiviti pembalakan ,Sawmill, Pengeringan Kayu (Kiln Dry) dan industri hiliran untuk pasaran tempatan dan ekspot. Telah dilantik sebagai Pengarah syarikat pada tahun 2012.
 
Memulakan Bisnes networking dan franchising pada tahun 2002 dan selepas itu sangat aktif mengembangkan bisnes. Mempunyai pengedaran di seluruh Malaysia bersama dengan ATC Global dan juga merupakan Konsultan kepada ATC Group.
 
 

 
 
 
 
 
Noor Suhaila Binti Hj. Marsidi

 

Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah Wal  Qanun) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dilantik sebagai Pengarah Syarikat  ISBA Bersih Sdn. Bhd., pada tahun 1998 dan memegang portfolio Pengarah Sumber Manusia. Terlibat di dalam menyelia seramai 500 orang pekerja dalam pelbagai cabang perniagaan di bawah Kumpulan Syarikat ISBA.

Dilantik sebagai Pengurus dalam anak syarikat iaitu Kawalan ISBA Sdn. Bhd. pada tahun 2003. Dilantik sebagai Pengurus Besar pada tahun 2010 yang menumpukan kepada kontrak dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kawalan keselamatan. Projek di seluruh Malaysia, tertumpu di negeri Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sabah.

Telah memulakan bisnes networking ini pada t ahun 2002 bersama suami, Zulkifli Bin Hj. Salleh.
 
 
 
 
 


 

Sila  scan imej ini untuk capaian mobile.
 
 
 Tarikh Kemaskini :  22 September 2012.  Hakmilik AA Intan Enterprise 2012. 
Paparan terbaik  800 x 600 pixels  menggunakan Google Chrome, Mozilla  & IE.
Web Designed by  Ivory Focus